Pengawas Pusat Sumber SKAP terdiri daripada 35 orang murid dari Tahun 4 hingga 6 (tahap 2) pada tahun 2012. Pemilihan Pengawas Pusat Sumber berdasarkan komitmen dan minat yang mendalam terhadap PSS, pencapaian akademik yang baik dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat. Pada awal tahun, Pengawas Pusat Sumber akan melakukan upacara lafaz ikrar dan diikuti dengan beberapa siri kursus dan penerangan.
Pengawas PSS yang akan berhadapan dengan peperiksaan awam iaitu UPSR akan direhatkan menjelang bulan Ogos dan diganti dengan pengawas PSS percubaan dari tahun 4 dan 5. Sijil perlantikan Pengawas Pusat Sumber akan diberikan semasa upacara perlantikan rasmi. Manakala sijil khas kecemerlangan akan diberikan oleh pihak sekolah semasa Hari Anugerah Cemerlang dan Jamuan akhir tahun.
Semua pengawas PSS akan memakai pakaian berwarna biru tua dan putih berserta baju ‘vest’ di bahagian luar utuk membezakannya dengan pengawas sekolah. Jawatan pengawas PSS juga menjadi rebutan dalam kalangan pelajar kerana sumbangan mereka diiktiraf sama seperti pengawas sekolah.
Pengawas Pusat Sumber 2012
TAHUN 6 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tiada ulasan:
Catat Ulasan